Assalamualaikum kepada semua sahabat....Alahamdulillah pada hari ini kita masih lagi dapat berpijak di bumi Allah ini dengan dua nikmat yang terbesar iaitu nikmat iman dan nikmat islam...
di sini ana ingin berkongsi satu lagi hasil pembacaan ana di perpustakaan temerloh baru-baru ini secara ringkas..untuk maklumat lanjut sila ke Perpustakaan Temerloh..semoga kita berada di kalangan orang-orang yang beriman...
TERAPI SOLAT TAHAJJUD............
Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud : " solat tahajjud dapat menghapuskan dosa, mendatangkan ketenangan, dan menghindarkan daripada penyakit," ( Hadis riwayat Tarmizi)
Diceritakan dalam sebuah hadis sahih bahawa Nabi Muhammad tidak pernah meninggalkan solat tahajjud sehiggalah beliau wafat....dalam sebuah hadis lain yang dikemukakan oleh Abu Hurairah, Abu Daud melaporkan, nabi Muhammad pernah berkata yang bermaksud, " solat sunat yang utama selepas solat solat fardhu adalah solat tahajjud"
di Dalam Al-Quran, Allah menjelaskan dalam surah al-Muzammil ayat 1 hingga 3 yang bermaksud, " wahai orang yang berselimut(Muhammad), bangunlah (untuk bersolat) di malam hari, kecuali sedikit (daripadanya), (iaitu0 seperduanya atau kurangilah daripada seperdua itu sedikit."
kajian perubatan menunjukkan terdapat dua kelompok pengamal solat tahajjud yang memiliki kesan kesihatan yang berbeza selepas melakukan solat tahajjud. Kelompok tersebut ialah kelompok individu yang sihat dan kelompok individu yang sakit. fakta ini menunjukkan masih ada misteri yang perlu dikupas tentang hubungan yang mengikat antara pelaksanaan solat tahjjud dan makanisme proses peningkatan gerak balas ketahanan imunologi tubuh...
secara umumnya, sebagai seorang mukmin seharusnya mewujudkan gaya hidup islam yang baik..solat tahajjud juga bukan sahaja dilakukan apabila datang ujian atau bagi seorang pelajar ketika manghadapi peperiksaan barulah hendak melakukan solat tahajjud...solat tahajjud ini seharusnya dilakukan secara istiqomah dengan hati yang ikhlas Insya Allah...
Doa Nabi Muhammad ketika bangun dari tidur untuk mengerjakan solat tahajjud...
Ya Allah, bagimu segala pujian,
engkaulah yang menegakkan langit dan bumi dan apa-apa yang berada di dalamnya
Ya Allah, bagimu segala pujian,
kepunyaanmu seluruh kerajaan langit dan bumi dan apa-apa yang berada di dalamnya
Ya Allah, bagimu segala pujian,
Engkaulah Cahaya langit dan bumi dan apa-apa yang berada di dalamnya
Hanya bagimu segala pujian,
Engkaulah Sang Mahahaq,
Janjimu itu maha benar,
Kata-katamu adalah benar,
Syurga itu benar, Neraka itu benar,
Para nabi itu benar,
Muhammad adalah benar,
dan hari kiamat adalah benar.
Ya Allah, hanya untukmu aku menyembah,
hanya kepadamu aku beriman,
Hanya kepadamu aku bertawakkal,
Ya Allah,
Kepadamu aku kembali,
Keranamu aku berjuang.
Kepadamu puia aku berhakim.
Ampunilah dosa-dosaku yang terdahulu dan terkemudian,
Ampunilah aku daripada dosa yang aku sembunyikan dan yang aku nampakkan,
Dan daripada semua dosa-dosaku yang engkau lebih mengetahui daripada diriku.
Engkaulah yang menyegerakan dan engkaulah yang Mengakhirkan,
Tiada Tuhan melainkan engkau,
Dan tiada daya dan kekuatan,
melainkan kerana engkau,
Ya Allah....
asif ana pohonkan kepada para pembaca dan sahabat-sahabat jika tersalah bicara dan terpincang kata....
akhir kalam, Assalamualaikum...
0 comments: